Sekali pandang pasti anda akan tertoleh dua kali. Ya, percaya lah dengan apa yang anda lihat, si comel ini punya dua warna pada wajahnya yang terbahagi dengan begitu sempurna! Si comel bernama Quimera ini juga mempunyai peminat yang ramai. Lihat sahaja akaun Instagramnya, kini dia mempunyai puluhan ribu pengikut!
Wajahnya memang memuku, unik dengan dua warna yang berbeza- hitam dan oren kecoklatan. Tidak hanya itu matanya juga lain daripada yang lain. Sebelah berwarna keemasan dan sebelah lagi berwarna biru. Unik bukan? Sebuah gabungan yang sempurna!
Lihat gambar-gambar Quimera dengan gayanya yang tersendiri, anda pasti tidak akan berhenti memujinya!
#1 Memperkenalkan si cantik yang bernama Quimera…
#2 “Di mana pun awak berada saya tetap memerhatikan awak dengan mata saya yang berlainan warna ini…”
#3 “Maaf, saya tidak menggunakan kanta lengkap, mata saya memang cantik semula jadi…”
#4 Dia juga pandai selfie!
#5 Dia juga seperti kucing lain… sangat manja
#6 “Jangan ganggu, biarkan saya berehat…”
#7 “Siapa lagi comel? Saya atau dia?”
#8 “Anda fikir saya punya bakat menjadi model kucing?”
#9 “Di mana pun saya, saya tetap nampak cantik!”
#10 “Mari main sorok-sorok!”
#11 “Tidak, saya hanya ada satu muka!”
#12 “Saya keliru, adakah itu tikus?”
#13 “Percayalah saya punya bakat, saya boleh menjadi model!”
#14 “Selain cantik, unik dan berbakat saya juga terkenal… ini buktinya!”
#15 “Lihat! Ada yang cuba meniru saya, tetapi tetap lebih cantik dan comel!”
Era Baru









No comments:
Post a Comment